CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, November 17, 2011

Diet Sihat

Hai semua....
Baru-baru ni kawan2 asyik cakap yang badan aku semakin naik..Tiap2 malam aku asyik memikirkan pasal berat badan..Susah gah hati ni..Tapi baru2 ni aku ada tengok rancangan 'Strong Heart' dari Korea..Rancangan tu ada mengeluarkan bagaimana artis2 mereka menjalan diet. So aku nak berkongsi dengan semua..
Di antara cara yang mereka guna adalah:-

  1. Wajib makan 3 kali sehari...(iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam mengikut nisbah yang ditetapkan. Hanya semangkuk nasi dan lebihkan kepada lauk dan sayuran)
  2. Lakukan senaman selama 20minit untuk keluarkan peluh...(antara senaman yang paling senang adalah mengemas rumah seperti mengelap lantai ataupun cuci toilet). Lakukan senaman fit kan badan selama 20minit.
  3. Amalkan berjalan 10000 langkah dalam sehari.

Selain itu cuba kita mengimbangi ukuran berat badan kita dengan BMI



BMI= Berat badan terkini (kg)

Tinggi (m)* Tinggi (m)


Jika BMI anda adalah kurang daripada 18.5 anda adalah kekurangan berat badan.

Jika BMI anda adalah 18.5 hingga <25 anda adalah normal.

Jika BMI anda adalah 25 hingga <30 anda terlebih berat badan yang sepatutnya.

Jika BMI anda adalah 30 atau lebih anda mengalami kegemukan dan obeses.


Di sini aku lampirkan sekali piramid makanan yang sesuai diambil tiap2 hari:-





0 comments: